Protes terhadap Emmanuel Macron

  Sejak Emmanuel Macron dilantik sebagai Presiden Perancis pada 7 Mei 2017, beberapa siri protes telah dijalankan oleh aktivis kesatuan sekerja, aktivis bergolongan sayap kiri dan aktivis bergolongan sayap kanan yang menentang apa yang dianggap oleh para pembantah sebagai dasar neoliberal dan globalisme, [1] [2] sokongannya terhadap lawatan negara oleh pemimpin dunia tertentu, [3] [4] pendiriannya mengenai pembaharuan undang-undang buruh Perancis, [5] [6] [7] serta pelbagai ulasan atau cadangan dasar yang telah dijalankan olehnya sejak penggapan jawatan presiden. [8] [9]Menurut kata Amnesty International, pihak berkuasa Perancis telah menggunakan keadaan darurat, yang berkuat kuasa dari serangan Paris November 2015 hingga November 2017, untuk mengehadkan protes, menggunakan kuasa kecemasan mereka. Mereka telah "mengenakan 639 langkah menghalang individu tertentu mengambil bahagian dalam perhimpunan awam. Daripada jumlah ini, sebanyak 574 yang membantah cadangan pembaharuan undang-undang buruh telah disasarkan". [10]

Rujukan

WikiPedia: Protes terhadap Emmanuel Macron http://www.aljazeera.com/news/2017/07/protesters-p... http://www.decanter.com/wine-news/french-winemaker... http://www.jpost.com/Israel-News/Benjamin-Netanyah... http://www.latimes.com/world/la-fg-france-macron-p... http://news.sky.com/story/paris-protest-shows-the-... http://www.timesofisrael.com/protest-planned-for-p... http://www.politico.eu/article/emmanuel-macron-vs-... http://www.europe1.fr/politique/laurent-berger-cfd... http://www.force-ouvriere.fr/jean-claude-mailly-av... http://www.leparisien.fr/paris-75011/presidentiell...